PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU
Tujuan
Dengan berlari, berjalan ke depan dan mengundur dapat mengembangkan fizikal
Kanak – kanak. Dan permainan ini dapat memupuk ciri kepimpinan serta kanak – kanak dapat belajar konsep masa dan nombor.
Senarai keperluan
1. Bahan : Topeng , tongkat.
2. Bilangan pemain : Bilangannya tidak terhad.
Cara bermain
1. Pilih seorang kanak – kanak menjadi “ Datuk Harimau “
2. kanak – kanak lain berdiri di belakang “ Datuk Harimau “ pada jarak lebih
kurang 2 meter.
3. Kanak – kanak yang berjalan di belakang berteriak “ Pukul berapa Datuk
Harimau “
4. “ Datuk Harimau “ menjawab “ Pukul 1 ataupun “Pukul 4 “
5. Apabila “ Datuk Harimau “ menjawab “ Pukul ………aku lapar!” ia menoleh
ke belakang dan cuba menangkap kanak- kanak yang di belakangnya.
6. Setiap kanak – kanak perlu lari bagi menyelamatkan diri.
7. “ Datuk Harimau “ boleh menangkap kanak – kanak pada bila – bila masa.
Tidak semestinya hingga selesai pukul 12.
8. Mereka yang ditangkap akan menjadi datuk harimau dipusingan seterusnya.
9. Permainan boleh diteruskan seberapa banyak pusing . Permainan yang paling
kerap kena tangkap dikira kalah.







Terima kasih atas penerangan. Saya cadang agar padamkan nombor kad pengenalan pada seksyen Biodata kerana itu adalah data peribadi.
ReplyDelete