PENGENALAN
Pertumbuhan dan perkembangan kanak – kanak yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinan diri dan membentuk personal yang positif. Aktiviti luar dalam tunjang perkembangan fizikal memberi fokus kepada aspek motor halus, motor kasar dan keselamatan. Penguasaan motor kasar dan motor halus ini amat penting dalam pergerakan asas murid . Ini membolehkan kanak – kanak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dengan penuh yakin dan berdisplin. Aspek keselamatan pula membantu kanak – kanak mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah – langkah yang perlu diambil untuk bertindak.
PENGHARGAAN
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada saya dalam Perkembangan Fizikal Prasekolah Permainan. Melalui ini, saya di beri ruang dan peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah, serta belajar mengikut kadar kemampuan sendiri melalui kaitan yang relevan dengan pengalaman sedia ada.
Saya bersyukur dan terima kasih atas tunjuk ajar dalam Perkembangan Fizikal Prasekolah yang di curahkan kepada saya selama ini ialah En Kusairi Pensyarah Pembimbing PJK.
Akhir kata saya berjaya menyiapkan kerja yang di berikan dan memikul tanggungjawab yang di amanahkan demi kemajuan pendidikan prasekolah di negara kita.







0 comments:
Post a Comment