Tuesday, 21 May 2013

Permainan Halangan Komando


HALANGAN KOMANDO

Tujuan permainan
Permainan ini kanak –kanak dapat melompat pelbagai jenis aras dan mendarat dengan kedua –dua belah kaki menggunakan teknik yang betul serta bekerjasama dan bertanggungjawab.
Senarai keperluan
            1. Bahan : Gelung rotan, bangku rendah, bangku tinggi dan tilam.
            2. Bilangan pemain : satu kumpulan 5 orang.

Peraturan permainan
            1. Kanak – kanak mesti melakukan semua aktiviti ini.

Cara bermain
            1.Guru menyediakan 4 stesen halangan seperti berikut :
                1 : 1 Stesen 1 : 3 biji gelung rotan  
                1 : 2 Stesen 2 : 3 buah bangku rendah ( 12 cm )
                1 : 3 Stesen 3 : 1 buah bangku tinggi ( 30 cm )
                1 : 4 Stesen 4 : 1 bidang tilam senaman ( untuk  pergerakan merangkak)
            2. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan kecil.
            3. Setiap murid melakukan lompatan dengan dua belah kaki mengikut stesen
               secara urutan.
            4. Di stesen 1, murid melompat ke dalam gelung rotan , Jarak antara gelung
               rotan 30 – 60 cm.
            5. Di stesen 2, murid melompat melepasi 3 buah bangku satu persatu .
                ketinggian bangku adalah 10 – 12 cm.
            6. Di stesen 3, murid melompat 1 buah bangku tinggi. Ketinggian bangku adalah
                20 – 30 cm.
            7. Di stesen 4, murid merangkak di atas tilam untuk ke garisan penamat.
            8. Setelah murid / kumpulan menamatkan halangan ini, guru boleh mengulang
               semula aktiviti dari stesen 1 hingga 4.   

 

0 comments:

Post a Comment