MANA HURUF BESAR SAYA
Tujuan permainan
Berlari dengan lakuan yang betul sambil memadankan huruf kecil dengan huruf besar.
Senarai keperluan
1. Bahan : 2 buah meja, bakul kecil 2 buah, kad – kad huruf besar, gelung rotan
4 buah , wisel dan jam randik.
2. Tempat : Kawasan lapang.
3. Bilangan pemain : berkumpulan.
Peraturan permainan
1. Kanak – kanak mesti dengar wisel berbunyi.
2. Masa permainan adalah mengikut kesuaian.
3. Kumpulan yang dapat markah tinggi adalah pemenang.
Cara bermain
1. Guru susun murid dan peralatan sepaerti gambarajah di sebelah.
2. Apabila wisel ditiup, murid paling hadapan dari kedua – dua kumpulan A
dikehendaki berlari kea rah meja dan memilih satu kad huruf besar di dalam
bakul. Kad tersebut perlu dipadankan dengan salah satu huruf kecil yang
ditulis pada kad manila. * ( semua kad huruf besar dalam bakul perlu
dilekatkan “blue tack “ di belakangnya. )
3. Apabila selesai melekatkannya , murid tersebut dikehendaki terus berlari ke
hadapan untuk mencuit tangan rakan kumpulan B.
4. Murid hadapan dari kumpulan B akan meneruskan aktiviti seperti di atas.
( aktiviti ini melibatkan murid berlari secara ulang alik sehingga wisel
dibunyikan dalam masa 5 – 8 minit.
5. Murid yang menunggu giliran iaitu yang paling hadapan dikehendaki bergerak
masuk ke dalam gelung.
6. Markah diberi berdasarkan kepada jumlah jawapan yang betul.
7. Guru boleh menjalankan aktiviti ini untuk beberapa pusingan.







0 comments:
Post a Comment