Tuesday, 21 May 2013

Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau





PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU 

Tujuan
Dengan berlari, berjalan  ke depan dan mengundur dapat mengembangkan fizikal
Kanak – kanak. Dan permainan ini dapat memupuk ciri kepimpinan serta kanak – kanak dapat belajar konsep masa dan nombor.
Senarai keperluan
            1. Bahan : Topeng , tongkat.
            2. Bilangan pemain : Bilangannya tidak terhad.
Cara bermain
            1. Pilih seorang kanak – kanak menjadi “ Datuk Harimau “
            2. kanak – kanak lain berdiri di belakang “ Datuk Harimau “ pada jarak lebih
               kurang 2 meter.
            3. Kanak – kanak yang berjalan di belakang berteriak “ Pukul berapa  Datuk
               Harimau “
            4. “ Datuk Harimau  “ menjawab “ Pukul 1 ataupun “Pukul 4 “
            5. Apabila “ Datuk Harimau “ menjawab “ Pukul ………aku lapar!” ia menoleh
               ke belakang dan cuba menangkap kanak- kanak  yang di belakangnya.


            6. Setiap kanak – kanak perlu lari bagi menyelamatkan diri.
            7. “ Datuk Harimau “ boleh menangkap kanak – kanak pada bila – bila masa.
               Tidak semestinya hingga selesai pukul 12.
            8. Mereka yang ditangkap akan menjadi datuk harimau dipusingan seterusnya.
            9. Permainan boleh diteruskan seberapa banyak pusing . Permainan yang paling
              kerap kena tangkap dikira kalah. 

 

1 comment:

  1. Terima kasih atas penerangan. Saya cadang agar padamkan nombor kad pengenalan pada seksyen Biodata kerana itu adalah data peribadi.

    ReplyDelete