Tuesday, 21 May 2013

Permainan Ketinting Aiskrim


KETINTING AISKRIM

Tujuan permainan
Permainan ini kanak – kanak dapat berjengket dengan menggunakan sebelah kaki dan mengimbang badan semasa melompat  dan mengenal nombor.

Senarai keperluan
            1. Bahan : Kad nombor  1- 5, Token ( mengikut bilangan pemain ),  rajah
                             Ketinting, dan kad senarai semak.
            2. Tempat : Gelanggang badminton.
            3. Bilangan pemain : Tidak  terhad.

Peraturan pemainan
            1. Pemain mesti jengket sewaktu bermain.

Cara bermain
            1. Guru melukis 5 set garisan ketinting menggunakan kapur dan minta murid
                perhatikan garisan tersebut.
            2. Kemudian guru menulis nombor ( 1- 5 ) pada setiap petak ketinting tersebut .
               ( lihat gambarajah di sebelah )
            3.Murid diberi satu token daripada pundi kacang berlainan warna.
            4.Murid mendapat  undian pertama akan memulakan permainan ini. Murid
               Tersebut hendaklah melontar tokennya ke mana -mana nombor  yang terdapat
              pada ketinting.
            5. Sekiranya murid tersebut melontar ke dalam petak nombor 3 , maka murid
                tersebut hendaklah melompat bermula dari petak 1, 2, tinggalkan petak 3,
                seterusnya melompat  ke petak 4 dan 5 .
            6. Setelah itu murid tersebut  berpusing balik dan mengambil token di petak
                nombor  3 tadi dan boleh memijak petak  tersebut  hingga  petak  1.
            7. Setelah murid menamatkan permainanya murid tersebut dikendaki mengambil
               kad nombor yang sama dengan nombor yang telah dipilih pada petak
               ketinting tadi. Kemudian dia menunjukkan kepada guru nombor tersebut.
            8. Setelah itu murid hendaklah menulis nombor tersebut pada kedudukan nama
                nya sendiri pada senarai semak yang di sediakan. ( lihat senarai semak
                disebelah )

0 comments:

Post a Comment