Tuesday, 21 May 2013

Mari Kita Golek, Lempar, Dan Bawa


“MARI KITA GOLEK, LEMPAR DAN BAWA “

Tujuan permainan
Permainan ini kanak – kanak dapat menjatuhkan skital dengan menggunakan bola, menggolek bola memasuki lubang dan membawa bola ping pong di dalam sudu sambil berjalan .

Senarai keperluan
            1. Bahan : Skital kecil, gelung rotan, bola hoki, sudu, bola ping pong, wisel, bola
                             Besar / sederhana besar.
            2. Tempat : Kawasan lapang  & padang.
            3. Bilangan pemain : Berkumpulan.

Peraturan pemainan
             Tugas penjaga stesen 1
            1. Bola yang tidak memasuki lubang akan dikembalikan semula oleh penjaga
                stesen kepada murid berkenaan untuk digolek sehingga masuk.
            2. Menyerahkan bola kepada pemain berikutnya.
               Tugas penjaga stesen 2
            1. Bola yang tidak terkena pada sasarannya akan dikembalikan semula oleh
                penjaga stesen  kepada permain sehingga ia berjaya.
            2. Membetulkan semula kedudukan skital yang telah dijatuhkan kepada keadaan
                asalnya.
            3. Menyerahkan bola kepada pemain berikut.
                Tugas penjaga stesen 3
            1. Memberikan sudu dan bola ping pong kepada pemain.
            2. Selepas tamat pemainan pertama, permainan kedua boleh dijalankan dengan
               cara menukarkan penjaga stesen sebagai pemain dan pemain tadi menjadi
                penjaga stesen pula.

Cara bermain
            1. Apabila wisel ditiupkan, murid paling hadapan akan mula berlari ke stesen 1
                Untuk menjalankan  aktiviti . ( 2 tempat perlawanan berjalalan serentak )
               * bola yang tidak memasuki lubang akan akan kembalikan semula kepada
                 Murid tersebut oleh penjaga stesen untuk di golek sehingga masuk.

            2. Setelah bola tersebut memasuki lubang , murid ini akan terus berlari ke stesen
                2 untuk menjalankan aktiviti.
            3. Apabila skital dapat dijatuhkan , murid ini akan terus berlari ke stesen 3 untuk
                menjalankan aktiviti berikutnya. Setelah berjaya membawa bola ping pong
                sambil berjalan, murid ini dikehendaki berlari mencuit tangan pemain kedua.
            4. Aktiviti di atas diteruskan sehingga semua pemain menjalankan aktiviti
               dan kumpulan yang paling awal menamatkan permainan dianggap sebagai
                pemenang.




 




0 comments:

Post a Comment