Tuesday, 21 May 2013

Permainan Galah Panjang



GALAH PANJANG 
Tujuan permainan
Menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan.
Senarai keperluan
            1. Bahan atau tempat bermain : Kawasan lapang dan gelanggang berbentuk segi
               Tepat di atas tanah.
            2. Bilangan pemain : 6 orang untuk 2 pasukan iaitu 3 orang setiap kumpulan.
Peraturan bermain
            1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan masing – masing.
            2. Apabila salah seorang pemain penyerang dapat di sentuh semasa
              menyeberangi  garisan, pasukannya dikira mati.
            3. Pemain yang berjaya melepasi garisan penamat akan menyebut perkataan 
               “Jeylon! “ sebagai tanda berjaya.
            4. Mata dikira berdasarkan jumlah pusingan yang dimenangi. 

 




Cara bermain
            1. Bina gelanggang  dengan mengunakan penanda atupun buat garisan di atas
               tanah.
            2. Satu pasukan terdiri daripada sekurang – kurangnya tiga orang.
            3. Bagi menentukan pasukan mana bermaindulu. Ketua kedua – dua kumpulan
               diminta mencabut lidi yang dipegang oleh mereka yang terlibat dengan
               permainan. Kumpulan yang mencabut lidi panjang akan main dulu. Kaedah  
               “o ..som ! “ juga boleh digunakan.
            4. Pasukan yang mendapat lidi panjang akan memulakan permianan iaitu
               bertindak sebagai “penyerang “ sementara pasukan satu lagi menjaga
               garisan sebagai pasukan “pertahanan “
            5. Bagi memulakan permainan , ketua pasukan penyerangakan menepuk tangan
               ketua pasukan pengawal.
            6. Ketua pasukan pertahanan akan menjaga garisan tengah.
            7. Pasukan pertahanan akan cuba menghalang pemain pasukan penyerang
               melintasi garisan dengan mendepakan tangan ataupun mencuit badan
               penyerang.
            8. Pasukan penyerang akan cuba melepasi garisan pertama, kedua dan tanpa
               disentuh ataupun ditangkap oleh pasukan lawan.
            9. Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan ataupun halangan yang
                ketiga akan berpatah balik dan melepasi ketiga – tiga halangan yang
                dilaluinya pada awal permainan.
            10. Sekiranya ketiga – tiga halangan berjaya dilepasi oleh  salah seorang ahli
                 pasukan penyerang tanpa disentuh oleh pasukan pertahanan , pasukan
                 yang bermain akan mendapat satu mata.
            11. Sebaliknya jika salah seorang pemain daripada pasukan yang bermain dapat
                 disentuh oleh pasukan lawan akan dikira mati dan pasukan lawan pula akan
                  bermain.

0 comments:

Post a Comment